MON

Nama penuh:
Zelmon bin Yusoff

Nama samaran:
MON

Tarikh lahir:
23th Mei 1980

Posisi:
Awok-awok innovatif

Dah besar nak jadi:
Polis Diraja

Sekarang dah jadi:
Penjual kereta Diraja

Pengalaman bermain:
Sudah sepuluh tahun bersama Durbar Dua. Tidak pernah bermain untuk kumpulan lain. Diberikan pingat jasa purple heart kerana menjadi "Durbarian seumur hidup".

Sejarah ringkas:
Setiap kali terpandang wajah Mon, memang penulis akur, menimbulkan kegirangan dan kesyahduan kerana beliaulah yang telah menarik penulis masuk kedalam Durbar Dua, dua tahun yang lalu. Nama yang begitu sinonim dan unik kadang kala menimbulkan kekeliruan di kalangan pendikir setempat, "Dia nih betul-tak-betul? Asal nama MON? Nama Cina ker nama Melayu? Ke nama samaran". Namun begitu, bak 'Ripley's Believe It Or Not', memang nama sebenarnya ZELMON. Macam nama pokemon pun ada. Beliau ibarat 'speaker radio orang kawin' untuk Durbar Dua kerana suaranya yang amat kuat, sehingga pada setiap competition, sekiranya Mon main, sudah tentu beliau akan ditempatkan di hujung barisan awok-awok untuk dapatkan suasana 'stereo' untuk Durbar Dua. Apabila diwawancara tentang pengalaman paling 'memorable'nya, beliau mengulas, "Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah apabila time tuh kita ada show kat Selarang Prison. Time tuh baju kita ala kendarat, lengan pendek. Sekali biler kiter tengok, baju kita sama dengan kendarat-kendarat penjara yang bekerja kat situ la sia! Hahahaha!," kata beliau sambil berketawa dengan gembira. Nasib baik korang tak dimasukkan kedalam lokap dengan tidak sengaja...

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews