DZAR

Nama penuh:
Muhammad Dzar bin Ismail

Nama samaran:
DZAR

Tarikh lahir:
20th September 1985

Posisi:
Karut Prodigy, Lyricist, kene jadi awok-awok kalau Fy main.

Dah besar nak jadi:
Biological Engineer

Sekarang dah jadi:
Cikgu

Pengalaman bermain:
Berada didalam Durbar Dua selama dua tahun. Merupakan kelab pertama saya.

Sejarah ringkas:
Ish, takkan aku nak tulis pasal diri sendiri.... K, cerita dia macam gini. Masa tuh (2005) Maktab Rendah Serangoon mengambil risiko yang tinggi dengan memasuki Piala Khatulistiwa tanpa pengasas. Budak-budak maktab ni pelik sikit. Kita time tuh belajar dikir barat dengan tengok video Mega Perdana. Takda orang ajar. Sampai beat-beat rebana semua ikut-ikut kumpulan lain. Ragam plak kita amek lain-lain kumpulan nyer beh satukan dalam set. Beh kita pon whack ah main on-stage. Memang kita kalah, at least kita tak last. Selepas pertandingan tuh, Zelmond (budak Durbar lama, kira Otai), datang ke arah aku. Dia menanya, "korang interested tak main luar?" Jadi di situlah ianya bermula. Yang kelakarnya, cuma aku sorang jer yang masok. Yang lain semua hampeh...

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews