Muhammad Elfee bin Ismail
Nama samaran:
ELFI
Tarikh lahir:
5th Ogos 1982
Posisi:
Juara Sensasi
Dah besar nak jadi:
Popular
Sekarang dah jadi:
Popular
Pengalaman bermain:
Pernah bermain untuk Ulan selama dua tahun sebelum kembali ke Durbar Dua kerana rindu dengan kaum kerabat yang telah bersamanya selama beberapa tahun.
Sejarah ringkas:
Bak kata Inggeris, Elfee merupakan anggota "one-in-a-million". Tatkala di saat ini, beliau merupakan antara anggota yang dikenali di dalam arena dikir mahupun diluar. Anak kepada penyanyi malar segar, R. Ismail, Elfee telah dididik didalam bidang seni suara pada umur yang muda. Lantas, tidak hairanlah, beliau dibesarkan didalam susana muzik dan irama. Alunan suaranya yang penuh dengan irama keaslian amat sesuai dengan konsep yang Durbar Dua bawakan. Gandingannya bersama Fy serta awok-awok berkaliber telah membawa kumpulan ini ke tempat yang ketiga di Peringkat Akhir Mega Perdana 2004. Beliau juga telah merangkul anugerah Juara Terbaik di atas trophi-trophinya yang melambak. Menurut isterinya, puan Fauziah, beliau seorang yang pemalu dan romantik... Yer la tuhh, dia suami awak per.. mesti la romantik...