KUNCH

Nama penuh:
Khairulikhwan bin Zulkifli

Nama samaran:
KUNCH

Tarikh lahir:
21st July 1984

Posisi:
Awok-awok berkaliber

Dah besar nak jadi:
Polis

Sekarang dah jadi:
Star

Pengalaman bermain:
7 tahun di dalam Durbar Dua

Sejarah ringkas:
Nama samaran Kunch diberikan oleh Nas atas sebab matanya yang selalu ber'kunchu-kunchu'. Penulis pun kurang pasti apa makna kunchu-kunchu. Sekiranya anda baru sahaja memasuki Durbar Dua dan melihat Kunch pertama kali, kemungkinan besar anda akan pikir bahawa dia big shot and action giler babs. Namun begitu, sekiranya anda kenal beliau dengan lebih dekat lagi, beliau sebenarnya seorang yang dalam perangkaan penulis, hebat dalam character dan ragam. Berani saya mengatakan, beliau antara awok-awok yang 'complete' dari segi seni suara dan ragam. Secara fisikal, beliau juga tidak terlalu gemuk, jadi beliau mampu untuk membuat ragam yang memerlukan sedikit fleksibiliti. Beliau memasuki Durbar Dua atas desakan Allahyarham Rashid yang merupakan sahabat karibnya.

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews