Muhammad Sha'ari bin Johan
Nama samaran:
Sha'ari
Tarikh lahir:
9th March 1985
Posisi:
Awok-awok
Dah besar nak jadi:
Awie
Sekarang dah jadi:
Peminat Awie
Pengalaman:
Raja Panggung (setahun), Durbar Dua (4 tahun)
Sejarah ringkas:
Sha'ari merupakan seorang insan yang 'very reserved'. Dengan kata lain, beliau tidak banyak berbual. Namun begitu, secara ironi, sekiranya anda mengajaknya berbual, anda akan berasa amat selesa kerana beliau seorang yang boleh diajak bercanda atau bergurau. Beliau dididik dan diasuh cara permainan dikir barat didalam D2, kumpulan anak kepada Durbar Dua. Al-kisah, setelah Durbar Dua menghadapi musim kemarau pemain, beliau di-upgradekan untuk masuk ke dalam Durbar Dua. Sehingga kini, beliau masih lagi bergiat aktif didalam arena dikir. Namun begitu, untuk pengetahuan anda semua, profil Sha'ari yang paling susah nak tulis sebab aku tak beberapa kenal sangat dengan dia. Time video interview pun dia tak banyak bebual. Abeh macam mana nak tulis nih. Tapi, beliau ada mengatakan bahawa kenangan paling manis beliau adalah apabila D2 (ya, D2 dan bukan Durbar Dua) memenangi lagu terbaik didalam pertandingan Anak Seni 2005.