Nama penuh:Mohamad Rezal bin Ramli
Nama samaran:
REZAL
Tarikh lahir:
6th April 1980
Posisi:
Pemain rebana, Tukang Karut sensasi, penggubah lagu-lagu hits
Dah besar nak jadi:
Doktor
Sekarang dah jadi:
Penjual kereta terpakai dan mempunyai perniagaan sendiri
Pengalaman bermain:
Sepuluh tahun didalam Durbar. Pernah bermain untuk kumpulan Dendang Mutiara sebelum membuka Durbar Dua.
Sejarah ringkas:
Dia ni memang darahnya darah seni. Sebelum berkecimpung di dalam arena dikir, dia amat aktif dalam tarian kelolaan PA dan juga orang drama. Memang susah hendak percaya, "Hah? Rezal? Tarian? wahahaha!!" Mungkin sesetengah golongan pihak akan berkata begitu, termasuk aku sendiri. Memang pelik, tapi benar. Darah dikir yang mengalir begitu tebal dalam usus-ususnya sehingga part dia ingin mengambil Kak Shikin sebagai isteri (propose), yang pada ketika itu kekasihnya, pon degan cara dikir barat, iaitu, dengan membuat show menggunakan lirik-lirik special. Cara nih romantik tapi mesti kena dengan wanita yang anda ingin nikahi. Tidak semua wanita boleh dipinang dengan cara begini. Dewasa ini, Rezal sudahpun berumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata, Hannah Alysha, 2 tahun, dan Muhammad Hazziq, sembilan bulan.