BIGGY

Nama penuh:
Khairul Anwar bin Zainal Abidin

Nama samaran:
BIGGY

Tarikh lahir:
26th June 1984

Posisi:
Tenaga penggempur, creative director

Dah besar nak jadi:
Cikgu


Sekarang dah jadi:
tukang check check kapal

Pengalaman bermain:
Beliau merupakan die-hard Durbarians kerana di sinilah beliau mula bermain dan insha allah, di sinilah beliau akan berakhir. Pendikir Durbar Dua selama 7 tahun.

Sejarah ringkas:
Walaupun secara jasmani, Biggy seorang yang amat besar giler sehingga timbul intimidasi bahawa dia akan menghempap anda sekiranya anda tersilap kata, beliau sebenarnya seorang yang peramah dan lemah lembut. Macam orca whale ataupun ikan paus yang jinak di Waterworld. Memang susah sekali melihat beliau dalam keadaan marah, kalau merajuk, memang selalu. Menurut pengalaman penulis, Biggy adalah seorang yang senang sekali diajak berbual dan bercengkarama, namun begitu, secara ironi, sehingga kini, beliau masih solo lagi (cheh, rhyme seh). Beliau seorang penyumbang ragam dalam kumpulan kita dan merupakan key-player didalam barisan awok-awok.

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews