KECIK

Nama penuh:
Muhammad Fazli bin Ismail

Nama samaran:
KECIK

Tarikh lahir:
28th November 1986

Posisi:
Awok-awok serba boleh, percussionist

Dah besar nak jadi:
Banyak bende

Sekarang dah jadi:
Budak NS Civil Defence

Pengalaman bermain:
Sudah berkecimpung didalam arena dikir semenjak umurnya 12. Enam tahun bersama Raja Panggung, 3-4 tahun bersama Durbar Dua.

Sejarah ringkas:
Memang susah hendak percaya, namun begitu, Kecik sudahpun aktif didalam arena dikir barat pada masa umurnya masih lagi 12 tahun. Pada umur yang begitu muda, beliau digelar dengan nama samaran 'kecik' kerana memang pada masa itu beliaulah pendikir paling kecil di Raja Panggung. Setelah sekian lama berada di situ, beliau bermastautin ke Durbar dan telah bersama kita selama 4 tahun. Pengalaman yang paling manis, seperti yang diungkapkan ialah pada masa Durbar memenangi tempat ketiga di Mega Perdana. Beliau juga sering menjadi bahan gurauan pendikir Durbar kerana keakraban beliau dengan Abang (Keris). Setelah ditanya dengan lebih lanjut, ini adalah kerana beliau pernah diberi kesempatan untuk bergabung dengan Abang untuk pertandingan-pertandingan dikir barat dengan Singapore Poly. Lantas, setiap kali beliau mencuba sesuatu yang baru di rebana ibu, kebanyakkan di antara kita akan berkata, "Cheh, cheh, Abang ajar dia nih... Jangan memain... cheh"

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews