Nama penuh:Muhammad Fu'ad bin Saad
Nama samaran:
FU'AD
Tarikh lahir:
12 bulan? 1983
Posisi:
Awok-awok Otai
Dah besar nak jadi:
Superstar
Sekarang dah jadi:
Rocker
Pengalaman bermain:
Beliau tidak pernah bermain untuk kumpulan lain selain Durbar Dua. Mula berkecimpung di dalam Durbar Dua sejak 2002.
Sejarah ringkas:
Kepada mereka yang baru setahun mahupun dua tahun memasuki Durbar Dua, kemungkinan besar anda tidak akan mengenali Fu'ad kerana beliau kerap menyepi didalam arena dikir sejak kebelakangan ini. Kemungkinan besar, ini disebabkan oleh komitment kerja yang ketara, menyebabkan masa untuk berdikir begitu ketat. Apakan tidak, penulis sendiri kurang mengenalinya. Beliau adalah antara pendikir-pendikir yang berikrar untuk membuat comeback di dalam Durbar Dua. Penulis berkesempatan untuk mewawancaranya seketika. Ketika diminta mengulas tentang pengalaman paling manis didalam durbar dua, beliau mengatakan, "Pengalaman paling manis sudah tentu time tuh, tak pasti 2002 agaknya, comp Kelana, kita menang first. Pulak masa tuh saya baru pertama kali represent Durbar Dua, kirekan cam first cap ah... heppi giler wei". Tentu sekali, siapa yang tidak gembira dapat bawa pulang trophi? Dan juga dari kami, moga-moga anda berkekalan bersama Durbar Dua sehingga ke anak cucu..cheh...