NAS

Nama penuh:
Muhammad Nazri bin Md Zaini

Nama samaran:
NAS TUPAI SALAD MADU

Tarikh lahir:
4th September 1983

Posisi:
Juara terhangat di pasaran (gelap)

Dah besar nak jadi:
Orang kaya


Sekarang dah jadi:
Anak kapal

Pengalaman bermain:
Pernah bermain untuk kumpulan Anak Kampung selama 6 bulan dan juga Kumpulan Helang de Wira selama 4 bulan, sebelum berpindah dengan bayaran 150,000 euros ke Durbar Dua. Sehingga kini beliau sudah 9 tahun di Durbar Dua FC.

Sejarah ringkas:
Anak sulung kepada bapaknya, Encik Zaini, seorang yang dalam perkiraan penulis, amat gerek, dikurniakan dengan suara yang merdu dan lunak. Dengan kata lain, suara dia sedap macam ayam goreng kentaki. Berasal dari kumpulan Anak Kampung, beliau meninggalkan "hometown" beliau dalam usahanya untuk mencari kumpulan yang serasi dengan cara permainannya. Pada masa penginapan sementaranya di Helang de Wira, sekali lagi, keserasiannya dengan kumpulan itu tergugat kerana ianya tampak sebuah kumpulan yang gangster. Semenjak memasuki Durbar Dua, tidak pernah terlintas di hatinya untuk keluar. Beliau juga adalah antara orang paling kaya di dalam Durbar Dua, sedangkan penulis, yang merupakan seorang guru, pun kalah. Tah hapa yang dia berniaga, hanya Tuhan saja yang tahu.

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews