APU

Nama penuh:
Jumady bin Saini

Nama samaran:
APU

Tarikh lahir:
19th September 1982

Posisi:
awok superstar (selalu dtg lambat), juara prodigy, the next big thing

Dah besar nak jadi:
Formula One driver

Sekarang dah jadi:
gemok

Pengalaman bermain:
Sudah berkecimpung di dalam Durbar Dua selama 4 tahun.

Sejarah ringkas:
Memandangkan Apu seorang yang sudah agak "berumur", ada dikalangan pendikir Singapura bependapat bahawa beliau orang "lama" didalam arena dikir. Namun hakikat di sebaliknya bukan sedemikian. Beliau memulakan kareer dikir baratnya agak lambat, ibarat Dado Prso dari Monaco FC dan Croatia. Atas desakkan seorang anggota Durbar Dua, Abun, beliau mencuba nasib bermain sebagai awok di kumpulan ini. Semenjak itu, beliau tidak pernah menoleh kebelakang dan telah bersama kami sehingga dewasa ini. Nama samarannya APU, diberikan oleh sekumpulan warga negara India apabila beliau menolong mereka daripada dibelasah oleh sekumpulan pondan di Clark Quay. Mereka mengucapkan kepadanya, "Tengkiu Apu! Tengkiu Apu!" selepas beliau menyelamatkan keadaan.

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews