KHIDHIR

Nama penuh:
Mohd Khidhir bin Mohd Rasi

Nama samaran:
KHIDHIR

Tarikh lahir:
12 September 1985

Posisi:
Awok-awok semi-kontemp

Dah besar nak jadi:
Nelayan

Sekarang dah jadi:
Penghuni Laut

Pengalan bermain:
Nilam Kencana (setahun), Rambong (kurang pasti), Durbar Dua (2 tahun)

Sejarah ringkas:
Pada mulanya, Khidhir di'label'kan sebagai terlalu 'keras' untuk cara permainan kami. Beliau bukan tidak bagus, tetapi cara kontemp sudah sebati dengan hati sanubarinya sehingga amat sukar untuk beliau menyesuaikan dengan cara kami. Namun begitu, alhamdulillah, setelah dimasukkan ke "Perkhemahan Rakan Muda 2006" di hutan simpanan Sarimbun, beliau sudahpun boleh bermain cara asli dengan baik. Beliau seorang yang tidak akan lepas memberikan senyuman kepada anda. Bak kata pepatah, senyuman itu sedekah, dan beliau selalu memberikan sedekah kepada kami. Khidhir juga seorang yang penyabar, lebih-lebih lagi jika anggota Durbar Dua kacau-kacau penampilan giginya yang dimuatkan dengan serpihan besi (braces). Macam mana beliau boleh sabar, penulis tak tahu sebab budak-budak Durbar nih kuat kacau. Memang dorang terror dalam bab nih. Ish, Khidhir, kalau aku jadi kau, dah lama aku summer slam kat dorang...

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews