FYE

Nama penuh:
Mohamed Fyruz bin Mohd Gani

Nama samaran:
FYE

Tarikh lahir:
2nd May 1981

Posisi:
Tukang Karut All Timer, lyricist

Dah besar nak jadi:
Tauke. Tannak keje, tapi nak duit masok

Sekarang dah jadi:
Technical Coordinator

Pengalaman bermain:
Kumpulan Pak Belalang (1 tahun), Empat Penjuru (4 tahun), dan kini Durbar Dua (7 tahun). Cameo appearance untuk Cucu Datuk Merah.

Sejarah ringkas:
Di mata para pendikir setempat, Fye memang sudah tidak asing lagi kerana beliau pernah memenangi anugerah Karut terbaik pada tahun 2004. Selepas lima tahun berkecimpung bersama dua kumpulan, beliau memasuki Durbar hasil daripada system "talent-scouting" kiter. Dia ditarik oleh Mat yang ketika itu salah seorang daripada pengasas Durbar Dua. Dari situ, beliau mula menempah nama sebagai first-team player dengan cara penyampaian beliau yang jelas dan efektif. Fye debut untuk Durbar Dua pada tahun 1999 di dalam pertandingan Sri Temasek. Beliau juga pernah bergabung tenaga dengan (CDM) Cucu Datuk Merah untuk satu pertandingan. Apabila diminta menjelaskan keadaan tersebut, beliau mendakwa bahawa ianya hanyalah untuk menukar angin dan mencuba sesuatu yang baru. Beliau kini bahagia bersama Durbar Dua dan kami harap agar keadaan ini berterusan.

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews