Durbar Dua telah sekian lama wujud dengan titik usaha penggiat-penggiat seni dikir barat. Tanpa mereka serta semangat yang kuat lagi jitu, adalah mustahil kumpulan ini akan berkembang sehingga dewasa kini. Apa yang aku bebual nih? Okla, inilah muka-muka seposen yang mungkin anda kenal mahupun tidak. Sekiranya anda terjumpa mereka diluar, senyumlah, atau sekadar memberi lambaian tangan. Sekiranya anda kes tak tahu malu, anda boleh juga memberikan mereka nombor telepon anda. Pastinya, mereka akan mengambil nombor telefon itu dengan gembira dan rela hati. Sama-sama kita lihat, profil mereka semua. Jom, click kat sebelah kanan!
PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?
Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews