IJAT

Nama penuh:
Muhd Khairulzat bin Saleh

Nama samaran:
IJAT

Tarikh lahir:
3hb July 1982

Posisi:
Awok-awok selalu spray minyak wangi

Dah besar nak jadi:
Fashion Designer

Sekarang dah jadi:
UPS punyer staff

Pengalaman bermain:
NK3B (2 tahun), Durbar Dua (1 tahun), Dendang Mutiara (8 tahun)

Sejarah Ringkas:
Ijat nih memang pelik. Kalau dilihat dari segi sejarah permainannya, dulu-dulu dia memang budak Durbar Dua. Tuh pun sekadar setahun jek, lepas tuh pegi Dendang Mutiara, sekarang balik ke sini. Apabila ditanya, dia cakap, saya petik, "Maklumlah, umur dah semakin meningkat, aku nak retire dengan Durbar Dua." Ijat nih besar orangnya. Mungkin tak sebesar Biggy, tapi adalah, lebih kurang. Lori dan Ijat sudah menjadi sinonim. Taklah kenapa. Sebab kalau selalu korang nampak Ijat, dia selalu dengan lorinya. Mungkin sudah sebati dengan pekerjaan sedemikian, atau mungkin dia main cutting lori ker. Wallahualam bissawab. Lagi satu, dekni ada sikit perangai Arip. Dia suka nah sangat spray-spray minyak wangi. Selalu kalau nampak dier keluar dari bilek training, dia akan pegi kat lori dier, lepah tuh spray minyak wangi. Tapi 'effects' dier tak bertahan lama. Wangi dier skejap jek.

PROFIL ANDA KURANG MEMUASKAN? atau PROFIL ANDA BELUM DIMUATKAN?

Padan muka! Sila passkan gambar-gambar anda dan duduk sebentar untuk diwawancara oleh wartawan DNN. Namun begitu, tidak semua story-story anda akan diambil. Kalau story anda boring, alamatnyer, Editor akan tuliskan story baru untuk sejarah ringkas anda supaya kelihatan lebih menarik. Maaf yer, ini tugas media. Salam sayang dari pena Editor -Durbarnews